Talk Less Work More



Negara kita AMAN TENTERAM, jadi ada segelintir rakyat cuba-cuba mahu buat kecoh supaya nampak kelam kabut. Jadi nampak sangatlah Kerajaan kita lemah dan keadaan tidak terkawal. Itu sahaja.

Mereka tidak berSyukur dengan limpahan ketenteraman yang dikurniakan Allah swt pada tanah air kita. Lidah suci mereka tidak ke arah yang diajar oleh Quran dan Hadith walau bagaimana besar serban di kepala masing masing dan walau labuh mana jubah mereka.

Ceramah ceramah ceramah.. tidak ada yang baik timbul dari satu ceramah ke ceramah yang lain.. hanya bermaksud memecah-belahkan lagi sesama rakyat, menghasut membenci kerajaan. Tak habis habis.

Kadang-kadang kita pun heran. DS Najib dan pembantu2nya bertungkus lumus bekerja untuk Negara mereka caci dan maki. Tetapi Pemimpin yang menyajikan mereka 'maki hamun' mereka sanjung dan undi pula pada pilihan raya.

Budaya hanya bercakap i.e. berceramah ini amat merbahaya kerana lambat laun rakyat fikir semuanya beres hanya dengan main air liur sahaja. Cubalah kurangkan bercakap, buatlah kerja pula untuk rakyat.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin