
Petikan dari Utusan Malaysia - 'Saya tidak berniat hina kaum Iban' - Abdul Hadi
''Saya tak berniat untuk menghina dengan mengatakan mereka (masyarakat Iban) bodoh. Saya simpati kerana pemimpin BN yang membodoh-bodohkan rakyat. Mereka bodohkan rakyat sehingga rakyat di sana (Sarawak) tidak boleh membuat keputusan berani untuk menyokong kita (pakatan pembangkang)," katanya.
Abdul Hadi dalam ceramahnya semasa kempen pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan baru-baru ini menyifatkan rakyat Batang Air tidak tahu mengundi kerana mereka masih pakai cawat lagi. Dalam ceramah itu, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata: ''Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas."
Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ceramah tersebut mempelawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyertai pakatan pembangkang untuk bersama mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
''Saya fikir kalau Pak Lah (Abdullah) serius hendak mansuh ISA, kita jemput beliau keluar UMNO dan sertai Pakatan Rakyat," katanya.
What the 'F'? Sedap-sedap mulut je mengatakan kaum Iban ini bodoh rasanya bila orang yang menuduh seseorang itu bodoh, bodoh lagi la si penuduh itu. 100% la dia bodoh. Kalau dah tak dapat tawan Batang Air atau mana-mana pelusuk daerah di Sarawak, janganlah buat kenyataan yang akan 'membodohkan' diri anda. Terima saja kenyataan yang rakyat Sarawak a.k.a bumi Kenyalang tidak hingin pun diperintah, ditadbir dan dikuasai oleh Pakatan Rakyat yang juga seringkali membuat tindakan bodoh khususnya ahli PAS sendiri seperti Nizar yang berkelakuan macam kera di dalam Dewan Rakyat. Itu barulah diklasifikasikan sebagai Bodoh!
Dan bila pihak PAS khususnya Hadi yang mengusulkan cadangan kerajaan perpaduan di Muktamar PAS ke 55 yang kemudiannya menuduh UMNO/BN yang menjadi punca kekecohan 'dalaman' PAS. Bukankah itu satu pengusulan cadangan yang memakan diri yang juga menunjukkan diri Hadi itu bodoh? Yang lagi menariknya, Hadi yang mengemukakan kemudian Hadi sendiri yang menolak cadangan diri sendiri. Itu lagi bodoh, dungu dan bagainya.
Kalau Hadi tidak memohon maaf kepada kaum Iban Sarawak, siaplah. Lepas ini jangan sesekali harap yang Pakatan Rakyat yang bodoh akan dapat menguasai Sarawak! 1000 tahun takkan mungkin!
Mat Sabu nak tarik Pak Lah plak, tak ada kerja lain ke asyik nak tarik orang masuk PAS yang cakap tak serupa bikin tu?! Kenapa nak hapuskan ISA? Takut dengan ISA? Dan kalau ISA dah tak ada bolehlah Pakatan Rakyat buat hal ikut sesuka hati?! Macam Tu?! Lupakan! Mimpi Siang Hari!
0 comments:
Post a Comment