Nik Aziz & Nizar - Dua-dua tak boleh dituruti.


Setelah diasak-asak berkali-kali untuk mengeluarkan 'fatwa' tentang isu Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh pada hari Jumaat lepas, akhirnya hari ini Nik Aziz telah mengeluarkan 'fatwa' nya!! Nik Aziz mendakwa perbuatan Nizar cuma 'diragukan' tetapi tidak haram!! Mengulas lanjut, Nik Aziz mendakwa lilin telah menjadi budaya kepada orang melayu termasuk lah semasa menyambut hari jadi. Nampaknya NIk Aziz terus bermain dengan logik mudahnya. Asalkan orang melayu pasang lilin semasa hari jadi maka Nizar pasang lilin dalam majlis tersebut pun menjadi halal?? Ini 'fatwa' ugama atau 'fatwa' politik wahai Nik Aziz??


Jika kita melihat kepada kenyataan Dewan Ulama Pas ternyata ada percangahan antara kedua-duanya!! Dalam satu kenyataan , Hassan Harun yang juga Ketua Dewan Ulama Pas berkata bahawa Rasulullah sendiri amat prihatin tentang perkara-perkara yang meragukan sehingga ada hadis yang jelas bermaksud "tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu." Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” Jika benar Pas telah membuat garis panduan tersebut.. mengapakah Nik Aziz masih mahu pertahankan perbuatan Nizar itu?? Apakah garis panduan Pas boleh berubah mengikut kehendak Nik Aziz?? Sedikit masa dulu bukan sedikit orang-orang yang tidak sealiran dengan Pas dihukum dengan berbagai 'fatwa' bila kita sama-sama merayakan hari kebesaran kaum-kaum lain walau pun cuma sekadar menziarah demi untuk mengeratkan persahabatan!! Kita suka bertanya.. bukan kah itu juga adat?? Mengapa pula orang lain sekadar menziarah dianggap rosak akidah sedang kan Nizar yang terang-terang pegang lilin itu tidak rosak akidahnya??

Kalau adat dikatakan boleh... apakah Nik Aziz fikir pegang lilin untuk mengingati kematian orang kristian itu adat bagi kita?? Apakah perbuatan itu biasa dilakukan seperti tiup lilin dalam majlis hari jadi???Ternyata, Nik Aziz adalah ulama politik yang hukum yang dikeluarkan juga mengikut kepentingan politik!! Kita harap akan ada ulama yang berani menegur kenyataan Nik Aziz yang nyata telah jauh terpesong itu!! jangan lah dikelirukan lagi umat islam dengan fatwa yang karut marut itu wahai Nik Aziz!!!

Hadi: Iban Pakai cawat, bodoh, tak reti mengundi.


Petikan dari Utusan Malaysia - 'Saya tidak berniat hina kaum Iban' - Abdul Hadi

''Saya tak berniat untuk menghina dengan mengatakan mereka (masyarakat Iban) bodoh. Saya simpati kerana pemimpin BN yang membodoh-bodohkan rakyat. Mereka bodohkan rakyat sehingga rakyat di sana (Sarawak) tidak boleh membuat keputusan berani untuk menyokong kita (pakatan pembangkang)," katanya.

Abdul Hadi dalam ceramahnya semasa kempen pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan baru-baru ini menyifatkan rakyat Batang Air tidak tahu mengundi kerana mereka masih pakai cawat lagi. Dalam ceramah itu, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata: ''Semua pilihan raya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Air sahaja, kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina, tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas."

Sementara itu, Mohamad Sabu dalam ceramah tersebut mempelawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyertai pakatan pembangkang untuk bersama mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

''Saya fikir kalau Pak Lah (Abdullah) serius hendak mansuh ISA, kita jemput beliau keluar UMNO dan sertai Pakatan Rakyat," katanya.

What the 'F'? Sedap-sedap mulut je mengatakan kaum Iban ini bodoh rasanya bila orang yang menuduh seseorang itu bodoh, bodoh lagi la si penuduh itu. 100% la dia bodoh. Kalau dah tak dapat tawan Batang Air atau mana-mana pelusuk daerah di Sarawak, janganlah buat kenyataan yang akan 'membodohkan' diri anda. Terima saja kenyataan yang rakyat Sarawak a.k.a bumi Kenyalang tidak hingin pun diperintah, ditadbir dan dikuasai oleh Pakatan Rakyat yang juga seringkali membuat tindakan bodoh khususnya ahli PAS sendiri seperti Nizar yang berkelakuan macam kera di dalam Dewan Rakyat. Itu barulah diklasifikasikan sebagai Bodoh!

Dan bila pihak PAS khususnya Hadi yang mengusulkan cadangan kerajaan perpaduan di Muktamar PAS ke 55 yang kemudiannya menuduh UMNO/BN yang menjadi punca kekecohan 'dalaman' PAS. Bukankah itu satu pengusulan cadangan yang memakan diri yang juga menunjukkan diri Hadi itu bodoh? Yang lagi menariknya, Hadi yang mengemukakan kemudian Hadi sendiri yang menolak cadangan diri sendiri. Itu lagi bodoh, dungu dan bagainya.

Kalau Hadi tidak memohon maaf kepada kaum Iban Sarawak, siaplah. Lepas ini jangan sesekali harap yang Pakatan Rakyat yang bodoh akan dapat menguasai Sarawak! 1000 tahun takkan mungkin!

Mat Sabu nak tarik Pak Lah plak, tak ada kerja lain ke asyik nak tarik orang masuk PAS yang cakap tak serupa bikin tu?! Kenapa nak hapuskan ISA? Takut dengan ISA? Dan kalau ISA dah tak ada bolehlah Pakatan Rakyat buat hal ikut sesuka hati?! Macam Tu?! Lupakan! Mimpi Siang Hari!

Tahniah Rakyat Selangor krn Berjaya Memberikan Pakatan Rakyat Berkuasa!

Murid-murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang terpaksa belajar di padang perhimpunan sekolah di Klang, semalam.

KLANG 27 Julai - Seramai 58 murid- murid Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang di sini terpaksa belajar di bawah matahari terik apabila disekat daripada memasuki kelas di surau berhampiran kawasan itu pagi ini.

Keadaan itu berlaku apabila jawatankuasa penduduk kawasan tersebut mengarahkan agar Surau Assaudin tempat mereka belajar dikosongkan atas alasan mahu mengaktifkan kembali jemaah di situ. Selanjutnya sini

Mana lebih penting?kepentingan politik atau pengajian agama untuk anak anak? Politik lebih penting lah,apahal budak budak nak mengaji, Kemaruk sangat nak berjemaah kah sampai terpaksa halau budak budak ngaji quran?

Dalam Islam mengajar kita supaya bertimbang rasa & bersabar, tetapi kaum PR kononnya Islam ini langsung tidak ada rasionalnya,Ya barangkali selepas ini akan keluar di dada akhbar penafian itu ini,kononya difitnah oleh BN.

Sudah lupakah anda peristiwa anak anak di halang mengunakan dewan sebagai tadika Kemas,di Balik Pulau,Penang. Peristiwa kali ini berulang lagi. Oh terlupa, Selangor negeri PR. Negeri Darul Banjingan, negeri yang mengangkat penjenayah sebagai hero. Hal keling penjenayah boleh dibela, hal rumah urut juga dibela, hal pusat karaoke juga dibela.

KAFA? apa tu kafa?kedai kasut? jawatankuasa haprak, yang berkuasa ibarat kera mendapat bunga, mahu tunjuk kuasa. Kanak kanak yang menjadi mangsa.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini memberitahu, penggunaan wang dana Baitulmal itu akan membolehkan kerajaan negeri membiayai projek lain termasuk kos membina infrastruktur seperti jambatan baru.

selanjutnya sini

Anda juga jangan terlupa untuk membayar zakat, wang zakat anda juga bakal digunakan oleh kerajaan Selangor, pentadbiran untuk membayar gaji pembuat gereja paling besar di Asia & pembenci Azan, Wang zakat anda juga untuk di bayar gaji kepada mereka yang melarang kuil kuil di tanah haram tidak dirobohkan. Wang Zakat anda jugak digunakan untuk membayar gaji bapak pembangunan rumah urut darul ehsan.

Sekalung Tahniah sekali lagi untuk rakyat Selangor kerana berjaya memberi PR berkuasa, PRU13 beri lagi undi kepada PR. Jangan lupa kali ini angkat Teresa Kok jadi MB.

Kerajaan Selangor lebih teruk dari Perak, baca sini

Bloggers Perlu Ada Etika - MB Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa setiap bloggers perlu mempunyai etika dalam membuat laporan agar setiap laporan yang diutarakan merupakan maklumat yang sahih.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri sangat mengalu-alukan laporan dibuat bagi membuktikan kebenaran sesuatu fakta yang menyeleweng.

"Kalau berlaku penyelewengan, tanggungjawab masyarakat bukan sahaja menulis dalam blog saja tetapi membuat laporan kepada pihak yang boleh mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar," beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan penyelewengan exco kerajaan negeri.

Penyelewengan ini dikaitkan dengan kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock baru-baru ini di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Plaza Masalam.

Blog berkenaan mendedahkan dengan mendakwa bahawa berlaku penyelewengan yang melebihi 300 buah projek kecil yang bernilai ratusan ribu ringgit di kawasan exco terbabit.

Beliau menambah, ada laman blog diwujudkan bertujuan untuk memberi satu pandangan buruk kepada pihak yang disasarkan dan berharap setiap penulis blog mempunyai etika supaya maklumat yang dikemukan adalah benar.

"Kita pantau. Kalau betul dakwaan benar-benar berlaku kita ambil tindakan tetapi sekarang kita harap bloggers jangan jadi agen kepada pihak tertentu.

"Kerana mereka dianggap sebagai kumpulan yang menghormati kebebasan media dan keadilan kepada masyarakat," beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan merasmikan Pesta Buku Negeri Selangor 2009 di sini, semalam.

KOMEN : STRATEGI PAKATAN MENGGUNAKAN BLOG MEMBURUKKAN BN SEKARANG DUGUNAKAN KEMBALI UNTUK MENGHENTAM PAKATAN.....MB SELANGOR TAK SUKA....BEGITU JUGA BN....

Talk Less Work More



Negara kita AMAN TENTERAM, jadi ada segelintir rakyat cuba-cuba mahu buat kecoh supaya nampak kelam kabut. Jadi nampak sangatlah Kerajaan kita lemah dan keadaan tidak terkawal. Itu sahaja.

Mereka tidak berSyukur dengan limpahan ketenteraman yang dikurniakan Allah swt pada tanah air kita. Lidah suci mereka tidak ke arah yang diajar oleh Quran dan Hadith walau bagaimana besar serban di kepala masing masing dan walau labuh mana jubah mereka.

Ceramah ceramah ceramah.. tidak ada yang baik timbul dari satu ceramah ke ceramah yang lain.. hanya bermaksud memecah-belahkan lagi sesama rakyat, menghasut membenci kerajaan. Tak habis habis.

Kadang-kadang kita pun heran. DS Najib dan pembantu2nya bertungkus lumus bekerja untuk Negara mereka caci dan maki. Tetapi Pemimpin yang menyajikan mereka 'maki hamun' mereka sanjung dan undi pula pada pilihan raya.

Budaya hanya bercakap i.e. berceramah ini amat merbahaya kerana lambat laun rakyat fikir semuanya beres hanya dengan main air liur sahaja. Cubalah kurangkan bercakap, buatlah kerja pula untuk rakyat.
Blog Widget by LinkWithin