ISA: Pakatan Rakyat Cemarkan Imej Malaysia

Imej Malaysia juga tercemar di luar negara
PARA pemimpin pembangkang mengambil langkah yang bodoh membelakangkan demokrasi berparlimen dengan menganjur atau menyertai perhimpunan haram anti-ISA.

Apakah tindakan mereka itu berjaya menghentikan ISA?

Adakah tidak terfikir oleh mereka bahawa tindakan mereka itu menimbulkan huru-hara serta memberi pandangan negatif masyarakat dunia terhadap Malaysia.

Krisis ekonomi dunia yang melanda dunia dan tidak terkecuali Malaysia perlu sama-sama dihadapi demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Pastinya pemikiran dan tindakan sedemikian menambahkan keburukan kepada ekonomi negara.

Mengapa pemimpin-pemimpin ini dipilih oleh rakyat? Adakah rakyat juga salah dalam memilih pemimpin-pemimpin itu? Sama-sama kita fikir dan renungkan.

Jangan kita jadi pengikut yang tenggelam bersama labu-labu.

Dengan Virus H1n1 yang belum dapat kita selesaikan,sekarang pembangkang nak jadi hero pulak.Bukan nak selesaikan masaalah rakyat sahaja pembangkang ni malah nak tambah beban mereka dengan disuruh berdemontrasi.

1 comments:

SAH said...

ITU ADA LAH NIAT /TUJUAN PR,OLEH YANG DEMIKIAN KITA MELAYU UMNO MESTI TURUT BERJUANG PATAHKAN AGENDA MEREKA SEBELUM TERLAMBAT.

Blog Widget by LinkWithin