Imej Malaysia juga tercemar di luar negara
PARA pemimpin pembangkang mengambil langkah yang bodoh membelakangkan demokrasi berparlimen dengan menganjur atau menyertai perhimpunan haram anti-ISA.
Apakah tindakan mereka itu berjaya menghentikan ISA?
Adakah tidak terfikir oleh mereka bahawa tindakan mereka itu menimbulkan huru-hara serta memberi pandangan negatif masyarakat dunia terhadap Malaysia.
Krisis ekonomi dunia yang melanda dunia dan tidak terkecuali Malaysia perlu sama-sama dihadapi demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
Pastinya pemikiran dan tindakan sedemikian menambahkan keburukan kepada ekonomi negara.
Mengapa pemimpin-pemimpin ini dipilih oleh rakyat? Adakah rakyat juga salah dalam memilih pemimpin-pemimpin itu? Sama-sama kita fikir dan renungkan.
Jangan kita jadi pengikut yang tenggelam bersama labu-labu.
Dengan Virus H1n1 yang belum dapat kita selesaikan,sekarang pembangkang nak jadi hero pulak.Bukan nak selesaikan masaalah rakyat sahaja pembangkang ni malah nak tambah beban mereka dengan disuruh berdemontrasi.